Dua juara dunia, Azizulhasni Awang dan Cheong Jun Hoong berentap merebut gelaran atlet terbaik Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100plus 2017 sebagai melengkapkan pencapaian terbaik mereka sepanjang tahun lalu.
Gelaran dunia milik kedua-dua atlet elit negara ini tidak lagi mampu menyembunyikan peluang mereka meraih kemasyuran.
Ia bakal menjadi penanda aras paling tinggi yang tidak mampu digapai pesaing mereka.
Azizulhasni dan Jun Hoong memahat sejarah ulung tinta sukan negara menerusi pencapaian yang belum pernah dinikmati seorang pun atlet negara.
Bukan sesuatu yang mudah apabila Azizulhasni dan Jun Hoong berdepan dengan ramai prospek juara sama ada dalam acara berbasikal trek mahupun terjun. Tetapi "The Pocket Rocket Man" menenggelamkan pencabar lain dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (UC) di Hong Kong tahun lalu.
Jun Hoong pula diapit dua penerjun China, Si Yajie, dan juara Olimpik, Ren Chien, di Budapest tahun lalu. Justeru, mereka tampak sukar mengalah tetapi hanya seorang yang bakal menikmati kegemilangan.
Malam Anugerah SAM-100plus 2017 akan menobatkan atlet terbaik dalam majlis penuh gemilang yang bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, esok.