Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Aniq sasar lebih banyak gelaran

aniq-kasdan.jpg
Badang muda negara, Mohamad Aniq Kasdan, menjanjikan lebih banyak kejayaan khususnya pada temasya utama tahun ini selepas kembali digandingkan dengan jurulatihnya dari Indonesia, Yon Haryono.

Aniq masih segar dengan kejayaan muncul atlet pertama negara meraih pingat perak dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia Disember lalu.

Atlet berusia 20 tahun itu berkongsi keterujaannya untuk berada di bawah tunjuk ajar Yon, individu yang mencungkil bakatnya pada tahun 2017.

"Saya sangat gembira kerana terus berlatih bersama jurulatih yang sama. Saya mula berlatih bersama jurulatih Yon daripada 2017 dan sudah terbiasa dengan program latihan yang telah ditetapkan dan saya percaya prestasi saya mampu dipertingkatkan lagi selepas ini," kata Aniq.

"Dia telah memberitahu saya selepas pingat yang diperoleh dalam Kejohanan Dunia mampu menjadi pemangkin untuk saya mengejar sasaran yang lebih besar lagi.

"Dalam masa sama, kita harus sentiasa berwaspada dengan kemampuan pencabar kerana mereka semua memiliki strategi serta taktikal yang tersendiri."

Advertisement

Must Watch Video