Skip to main content

Sukan Asia

Angkat berat: Jabriella akhiri saingan di tangga kelapan

sukan-sea-2017-dua-pingat-emas-masih-lagi-sasaran-skuad-angkat-berat.png
Acara angkat berat pada hari keempat menyaksikan wakil tunggal wanita negara, Jabriella Teo Samuel, hambar apabila sekadar menamatkan saingan kategori 75kg di tempat kelapan. 

Angkatan pertama Jabriella seberat 78kg menerusi acara snatch berjaya dilakukan sebelum atlet berusia 20 tahun itu menambah angkatannya kepada 81kg dalam percubaan kedua. 

Malangnya, percubaan ketiga dengan angkatan 84kg gagal dilakukannya untuk dia mengakhiri acara snatch di tangga ke-11 dengan jumlah angkatan 81kg. 

Aksi dalam clean & jerk pula dimulakan dengan angkatan 100kg sebelum Jabriella menambah angkatan kepada 103kg dalam percubaan seterusnya. 

Usaha Jabriella dalam angkatan ketiga, 106kg, gagal dilaksanakan untuk dia menamatkan saingan di tempat kelapan dengan jumlah angkatan 184kg. 

Pingat emas menjadi milik atlet England, Emily Godley, sementara Marie Eve (Kanada) meraih perak dan Laura Hughes (Wales) dengan gangsa. 
 

Advertisement

Must Watch Video