Skip to main content

Sukan Asia

Angkat berat: Hasrat Norfarhan tidak kesampaian

norfarhan-angkat-berat-(1).jpg
Atlet angkat berat lelaki negara, Norfarhan Ederis, tersasar dalam usahanya memperbaharui rekod kebangsaan kategori 105kg di Pusat Sukan Carrara, hari ini. 

Dia sekadar melakukan angkatan 141kg dalam snatch manakala 185kg dalam clean & jerk untuk menduduki tempat kesembilan dengan 329kg keseluruhan.

"Saya menyasarkan untuk memecahkan rekod clean & jerk bagi kategori 105kg ke atas dan saya cuba "clean" 192kg tetapi tidak mendapat jerk. 

"Ia bukan rezeki saya dan saya akan cuba dalam aksi seterusnya," kata Norfarhan. 

Saingan itu dimenangi atlet New Zealand, David Liti, dengan rekod baru kejohanan, 403kg, diikuti wakil Samoa, Lauititi Lui, dan Muhammad Nooh Dastgir Butt dari Pakistan. 
 

Advertisement

Must Watch Video