GOLD COAST 2018
Angkat berat: Aishah baiki rekod kebangsaan miliknya
Atlet angkat berat wanita negara, Siti Aishah Md Rosli, memadamkan rekod kebangsaan berusia lapan bulan miliknya apabila melakukan angkatan keseluruhan 214kg untuk meraih tempat keempat kategori 90kg dalam Sukan Komanwel Gold Coast hari ini.
Siti Aishah masih segar daripada kejayaan melakar rekod kebangsaan dalam Kejohanan Kelayakan Komanwel di Gold Coast, September lalu.
Dan pada hari ini, atlet kelahiran Kelantan itu kemudian mengangkat bebanan 123kg dalam clean & jerk, seterusnya memadam rekod kebangsaan, 115kg, miliknya sendiri.
Iklan
Keseluruhannya, dia melakukan angkatan 214kg, namun belum memadai untuk meraih kedudukan podium dan sekadar di tempat keempat.
"Semasa sesi kelayakan pada tahun lalu, saya menduduki tempat kelima.
"Hari ini, saya berada di tangga keempat dan pencapaian ini membuatkan saya bangga memandangkan ini adalah penampilan pertama dalam Sukan Komanwel, ditambah pula dengan kejayaan memecahkan rekod kebangsaan," kata Aishah.
Must-Watch Video