Walaupun gagal dalam pemburuan podium pada peringkat pertama saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), Terengganu Cycling Team (TSG) masih mampu gah dengan kejayaan meraih jersi raja bukit menerusi Nur Amirul Fakhruddin Marzuki.
Saingan itu membuka tirai hari ini dengan peringkat pertama bermula dari Kuala Berang menuju ke Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu, membabitkan jarak sejauh 124.8km.
Seramai 110 pelumba daripada 19 pasukan memulakan saingan tepat jam 11 pagi, dengan hanya satu pasukan dari Indonesia, KFC Cycling Team, terpaksa menarik diri akibat masalah tertentu.
Dua zon pendakian, masing-masing di Gerdong dan Pelong menjadi cabaran awal dan Nur Amirul bijak mengatur strategi dengan menguasai kedua-dua zon berkenaan.
Dua pusingan di sekitar bandar Kuala Terengganu menyaksikan beberapa pelumba cuba mengintai peluang bagi perebutan juara.
Perlumbaan ini dimenangi Scott Sunderland daripada pasukan Isowhey Sports Swisswellness dengan catatan 2 jam 54 minit 45 saat.
Pelumba Dimension Data, Ryan Gibbons, berada di kedudukan kedua, diikuti Nicolas Marini yang mewakili Nippo-Vini Fantini, di tangga ketiga.
Namun, sudah pasti kejayaan Nur Amirul menyarung jersi raja bukit mencuri tumpuan kerana ia adalah kali pertama pelumba tempatan meraih jersi berkenaan dalam 22 edisi perlumbaan.
"Alhamdullillah, saya memenanginya di kampung sendiri. Dapat jersi merah, memang puas hati kerana saya sebelum ini tidak menyangka memperolehnya," katanya.
Selain Amirul, seorang lagi pelumba TSG, Zamri Salleh, turut cemerlang apabila menjadi pelumba Malaysia terbaik pada peringkat pertama ini.
Sementara itu, seorang lagi pelumba tempatan, Loh Sea Keong, yang mewakili pasukan Thailand Continental meraih anugerah pelumba paling menyerlah.