Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, menganggap aksinya dalam Kejohanan Pra-Sukan Asia sebagai permulaan yang baik pada 2018.
Dengan catatan 11.45 saat, Zaidatul unggul untuk meraih emas dalam acara 100 meter wanita, namun itu bukan gambaran jelas untuk aksi sebenar dalam saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos nanti.
"Semua negara tidak turun beraksi dalam saingan ini, atlet pecut dari China, Jepun dan India tidak beraksi.
"Saya berharap dapat terus mempamerkan larian yang terbaik serta mengelak daripada masalah kecederaan," kata Zaidatul.
Misi utama Zaidatul seterusnya terarah kepada persediaan Sukan Komanwel walaupun masih tiada senarai rasmi atlet yang bakal menghadapi saingan di Gold Coast itu.
Memecahkan rekod peribadi 11.45 saat menjadi sasaran utamanya bagi mencapai tahap layak secara merit ke Sukan Komanwel, iaitu 11.26s.