SUKAN LAIN
Aksi Adam, Aiden nyata makin cemerlang
Prestasi dua peluncur cilik negara, Adam Yoong Hanifah dan Aiden Yoong Hanifah, semakin maju apabila masing-masing sudah berjaya melakukan catatan mata melebihi 4,000 selepas pulang menyertai Florida Inboards Record di Amerika Syarikat, Mei lalu.
Adam, anak bongsu Hanifah Yoong Abdullah, berjaya mengejutkan abangnya, Aiden, malah turut memecahkan rekod Asia kategori bawah 17 tahun bagi acara tricks dalam salah satu kejohanan di Florida.
Walaupun baru berusia 10 tahun, potensi Adam cukup menyerlah apabila cemerlang melakukan catatan 4,750 mata untuk meraih tempat kedua.
Iklan
Kini, Adam semakin bersemangat menghadapi Kejohanan Kebangsaan, bulan depan, selain mahu meraih seberapa banyak pengalaman dalam Kejohanan Remaja Dunia, bulan depan.
"Dalam Kejohanan Kebangsaan nanti, mungkin saya akan cuba untuk melakukan rekod baru kebangsaan.
"Saya berharap sekurang-kurangnya boleh berada dalam kedudukan 10 terbaik untuk empat tahun akan datang dalam (ranking) remaja," kata Adam.
Aiden pula tidak terlalu kecewa walaupun kerap kali tewas di tangan adiknya sambil menganggap ia sebagai satu persaingan yang sihat.
Malah, dia tetap gembira berupaya melakukan catatan peribadi terbaik dalam acara tricks dengan 4,030 mata.
"4,000 adalah satu pencapaian besar bagi saya. Ia kerana saya meraih 3,000 untuk tempoh yang lama dulu.
"Walaupun tidak dapat memecah rekod kebangsaan atau mengalahkan adik saya, ia tiada masalah kerana saya juga gembira dengan apa yang dilakukannya dan bangga dengan pencapaian saya," kata Aiden.
Must-Watch Video