Ajaz Azmat dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan skuasy senior negara dan akan dibantu jurulatih skuad remaja, Andrew Cross, demikian menurut Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini.
Ajaz, bekas pemain Pakistan berusia 40 tahun itu, menggantikan Peter Genever, yang melepaskan jawatannya selepas lebih tujuh tahun bersama SRAM, 28 Februari lalu.
Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam, dalam kenyataannya hari ini berkata kedua-dua individu itu akan memulakan tugas masing-masing berkuat kuasa 1 Jun depan.
Ajaz nama yang tidak asing dalam struktur kejurulatihan SRAM dengan penglibatan kali pertamanya bersama badan induk itu adalah pada tahun 2004 hingga 2010.
Selepas itu, dia berhijrah ke Amerika Syarikat sebelum kembali ke pangkuan SRAM pada 2017.
Sementara itu, Cross, yang berada di negara ini sejak 2007 dengan menggalas tugas sebagai jurulatih skuad remaja, memainkan peranan penting sewaktu membantu kejayaan pemain negara dalam Kejohanan Remaja Dunia, Terbuka Remaja Britain, dan Kejohanan Remaja Asia.
"Calon dari luar negara telah menunjukkan minat untuk mengisi jawatan tersebut tetapi kekangan bajet menjadi halangan," kata Maniam.
Selain itu, SRAM mempunyai rancangan untuk menawarkan pemain lelaki nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, jawatan jurulatih skuad lelaki selepas pemain berusia 32 tahun itu mengambil keputusan untuk bersara.
Pemain di ranking ke-34 dunia itu sudah menunjukkan minat untuk menceburi bidang kejurulatihan dan telah mendatar untuk menyertai kursus kejurulatihan tahap 2.
"Bagaimanapun, beliau belum memutuskan waktunya," tambahnya.
Maniam percaya Nafiizwan merupakan aset dalam program kejurulatihan kerana dia adalah pemain utama negara dan mudah mendapat kepercayaan selain dihormati rakan sepasukan.
--BERNAMA