Peninju profesional negara, Adli Hafidz Pauzi, tidak mahu perkembangan sensasi di luar gelanggang mengganggu fokus dan fikirannya menjelang perlawanan seterusnya.
Dia kini dalam perhatian menerusi tentangan terbaru daripada petinju Thailand dan Filipina di pentas profesional.
Bagaimanapun, Adli Hafidz memberi bayangan untuk menerima tawaran daripada promoter tinju terkemuka dunia yang berpangkalan di Timur Tengah, lantas peluang sekali dalam seumur hidup itu tidak akan dilepaskannya.
"Sebenarnya di Singapura lagi, saya dihubungi seorang promoter yang berpangkalan di Dubai, UAE (Emiriah Arab Bersatu) untuk undangan lawan di sana.
"Namun, saya mahu fokus perlawanan seterusnya terlebih dahulu walaupun peluang ini tidak mampu ditolak," katanya.
Jika sejarah jadi ukuran, Adli Hafidz dijangka tidak berdepan kesukaran untuk memenangi perlawanan buat rekod kali ke-13 berdasarkan rekod sempurna anak jati Johor itu ke atas petinju Thailand, antaranya Komsan Wongsurin, Yuttana Wongda serta Theerawat Yoohanngoh.
Adli Hafidz mengesahkan pertarungan itu dijadual dilangsung di Singapura kira-kira dua bulan lagi yang bakal menjadi aksi terakhirnya di rantau Asia Tenggara.
"Saya akan menjadi peninju Malaysia yang akan berlawan di Dubai.
"Peluang untuk bertanding di sana sangat sukar kerana mereka ada kriteria ketat seseorang peninju itu.
"Ini peluang saya untuk mencipta sejarah seterusnya dan melebarkan karier profesional saya