Skip to main content

Sukan Lain

Kidslympic Beach Games 2026 terima pengiktirafan PAJSK

kidslympic

Penganjuran satu-satunya festival sukan pantai bagi lingkungan usia bawah 12 tahun, Kidslympic Beach Games 2026, berlangsung dengan jayanya di Pantai Cenang, Langkawai hari ini, sekali gus mencapai objektif utama dalam membina juara masa hadapan.

Kidslympic Beach Games kini bukan sahaja menjadi mercu tanda kebanggaan baharu buat komuniti bakat cilik, malah acara berkenaan turut mendapat pengiktirafan rasmi di bawah Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Temasya itu bermula seawal jam 7 pagi dengan penganjuran acara larian pantai sejauh 2.4 kilometer.

Berbeza daripada kebiasaan, peserta memerlukan kudrat dan keupayaan fizikal yang tinggi bagi menempuhi laluan berpasir di sepanjang Pantai Cenang.

Cabaran itu menjadi lebih sengit berikutan tiupan angin kencang yang menguji ketahanan fizikal setiap peserta.

Bagaimanapun, jumlah penyertaan yang luar biasa bagi acara larian ini jelas mencerminkan daya tarikan unik Kidslympic dalam menyediakan platform pembangunan sukan yang efektif untuk kanak-kanak melalui konsep festival.

Juara bagi acara larian 2.4 kilometer kategori B12, Muhammad Ezaril Rizqi, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Saya selalunya bukan berlatih setiap hari dan kebiasaannya saya mengajak kakak atau ayah untuk menemani saya berlatih.

"Hari ini, saya gembira kerana dapat nombor 1 dan walaupun hujan, saya tidak rasa susah kerana pasir pantai jadi lebih keras.

"Jika pasir tidak keras, mungkin saya akan berlari lebih ke bawah di kawasan yang basah."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video