Skip to main content

Sukan Lain

ACC: Azizulhasni tetap syukur raih tempat ketiga

azizulhasni17218.jpg
Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, terpaksa akur berada di tempat ketiga dalam final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.

Juara keirin dunia itu berkata dia tetap bersyukur sekalipun gagal mendapat pingat emas seperti yang diharapkan apabila mendapat tentangan sengit daripada kelompok pelumba terbaik dunia.

"Dalam separuh akhir, kayuhan saya memang mantap sekali dan dalam final, saya sasarkan untuk berada di podium, lebih-lebih lagi saya mahukan kemenangan di sini. Memang sukar kerana dalam final semua pelumba berkelas dunia.

"Ketika perlumbaan dimulakan ada henjutan pelumba Jepun (Tomoyuki Kawabata) yang datang dari belakang tetapi saya kekal tenang.

"Walaupun tidak mendapat emas seperti yang saya harapkan, saya tetap bersyukur dengan tempat ketiga. Saya akan buat lebih baik dalam acara pecut esok," katanya.

Kawabata merangkul pingat emas manakala perak menjadi milik pelumba dari Korea Selatan, Im Chaebin.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom, menduduki tempat keempat.

Advertisement

Must Watch Video