Dua jagoan berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa, memasang misi tersendiri dengan masing-masing mahu menuai dua emas dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai, bermula Jumaat ini.
Ini penampilan kedua Azizulhasni dan Fatehah di velodrom itu selepas melakar kejayaan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu.
Saingan di New Delhi, India tahun lalu menyaksikan Azizulhasni terkandas di peringkat separuh akhir dalam acara keirin.
Namun, dia kini kembali dengan status juara dunia dan berharap mampu menggenggam emas di rantau Asia pula, di samping mempertahankan emas dalam acara pecut.
"Untuk kali ini, kita sebagai tuan rumah, saya akan cuba mendapatkan dua gelaran. Ia juga untuk menambah koleksi gelaran Asia saya. Bagi acara pecut, saya akan melakukan catatan peribadi terbaik," kata Azizulhasni.
Sementara itu, ratu berbasikal trek negara, Fatehah, juga memasang misi sama, iaitu meraih dua emas.
Fatehah, yang bakal melakukan penampilan ke-11 dalam kejohanan itu, bagaimanapun, hanya menumpukan 100 peratus kepada acara indivdu dan tidak menyertai sebarang acara berpasukan dalam edisi kali ini.
"Buat masa sekarang, saya menyasarkan pingat dalam 500m pecut dan juga keirin. Saya tidak mengambil bahagian dalam acara berpasukan.
"Sebagai permulaan tahun ini, diharapkan saya dapat merangkul pingat selain ia dijadikan pemanas badan untuk saya ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia," kata Fatehah.