Skip to main content

Paralimpik

Abu Samah tekad tebus maruah di Tokyo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu-samah-para.jpg
Atlet elit tenis berkerusi roda, Abu Samah Borhan, bertekad menebus maruah dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas aksi hambar di Rio empat tahun lalu.

Dalam edisi empat tahun lalu, Abu Samah tersingkir dalam pusingan pertama ketika menentang pemain ke-13 dunia dari Great Britain, Alfie Hewett, 0-6, 1-6.

Bagaimanapun, bagi edisi Paralimpik Tokyo 2020, Abu Samah bertekad menebus maruahnya dengan meletakkan sasaran peribadi yang realistik.

"Ia melibatkan undian 64 pemain, jadi semua pemain hebat akan turun beraksi. Sebelum ini, saya hanya beraksi dalam pusingan pertama.

"Tetapi kali ini, kalau ada pemain ranking tinggi, boleh lari daripada pilihan utama, sekali gus berpeluang cerah untuk mara ke pusingan kedua atau ketiga. Ia impian saya selama ini," katanya.

Rakan pasukannya, Mohd Yusshazwan Yusoff, hanya ingin menimba pengalaman dalam Sukan Paralimpik Tokyo apabila ia bakal menjadi penampilan sulungnya dalam temasya tersebut.

"Saya pernah bermain dengan pemain dalam kelompok 30 atau 40 terbaik dunia dan ia agak sukar kerana kurang pengalaman. Namun, kalau undian memihak saya, boleh mara ke pusingan kedua atau ketiga. Saya masih muda, insya-Allah boleh sasarkan lebih tinggi dalam edisi akan datang," katanya.

Berbaki enam bulan ke Sukan Paralimpik, Abu Samah kini berada di kedudukan ke-48 dunia manakala Yusshazwan ke-73 dunia.



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video