Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab, akan menubuhkan satu skuad berbasikal lebuh raya wanita kebangsaan terdiri daripada enam pelumba untuk menyertai Le Tour de Femina (LTdF) Malaysia 2019 yang akan berlangsung September depan.
Malaysia merupakan negara ketiga di rantau Asia yang menganjurkan jelajah berbasikal lebuh raya untuk wanita selepas China dan Thailand.
"Kami telah memiliki empat atlet yang beraksi di peringkat antarabangsa dan kami memerlukan dua lagi atlet untuk membentuk sebuah pasukan menghadapi saingan LTdF," kata Abu Samah.
Dalam masa sama, PKBM juga sudah memohon dan membayar penalti kepada pihak Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk memasukkan saingan ini ke dalam kalendar badan induk itu selepas nama LTdF 2019 tidak kelihatan dalam laman web UCI.
Setakat ini, hanya empat kejohanan berada dalam kalendar UCI, iaitu Le Tour de Langkawi (LTdL), Jelajah Malaysia, Kejohanan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan serta Tour de Iskandar Johor.
"LTdF masih belum tersenarai dalam UCI dan kami telah membayar denda kerana lambat menyenaraikan kejohanan ini," katanya.