Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Pahang (PSTNP), Datuk Abu Jimi Samat, mengakui dia tidak menjangkakan akan menerima undian tertinggi bagi jawatan naib presiden ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi pemilihan penggal 2025/28.
Dia yang juga merupakan pengurus skuad sepak takraw lelaki negara beranggapan prestasinya ketika di pentas Piala Dunia ISTAF 2024 serta Piala Asia ASTAF 2025 sebagai faktor utama berjaya mengkekalkan kerusi itu dengan jumlah sekeluruhan sebanyak 51 undian.
Kejayaan itu menyaksikan dia mempertahankan kerusi naib presiden PSM bagi penggal kedua berturut-turut sejak 2022.
"Tiga calon itu berpeluang besar untuk kekal tetapi dari segi kedudukan itu agar terkejut dengan sokongan, mungkin kesan daripada saya menjadi pengurusan skuad kebangsaan.
"Bagi saya angka satu dua atau tiga itu tidak menjadi persoalan, yang mungkin kami menjalankan tugas, kami seimbang daripada tugas dan tanggungjawab.
"Cabaran semestinya lebih besar kerana sukan ini sudah berkembang dan dapat perhatian lebih luas daripada pimpinan negara." katanya.