Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar, percaya Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mampu melaksanakan tugasnya selaku chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang.
Mesyuarat Lembaga Pengarah MOM semalam memutuskan pelantikan Abdul Azim untuk mengetuai kontinjen negara ke temasya sukan terbesar Asia itu tahun hadapan.
Bagi Tunku Imran, Azim yang juga merupakan bekas timbalan presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA) turut menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan MOM, Majlis Sukan Negara (MSN) serta semua persatuan sukan kebangsaan selaku chef-de-mission kontinjen negara.
Abdul Azim akan dibantu Naib Presiden MOM, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, selaku timbalan chef-de-mission.
"Saya telah bercakap dengan Abdul Azim dan dia sedia memberikan komitmen bukan sahaja di Indonesia, malah untuk bekerjasama dengan kami (MOM), persatuan-persatuan sukan dan para pengurus dalam menghadapi Sukan Asia," kata Tunku Imran.
Dalam pada itu, Tunku Imran turut mengumumkan keputusan Majlis Olimpik Asia (OCA) untuk hanya mempertandingkan 39 jenis sukan yang membabitkan 53 disiplin dan 426 acara dalam Sukan Asia 2018.
Antara sukan yang digugurkan ialah papan selaju, kriket, sambo dan kurash.
MOM menerima keputusan OCA kerana ia turut memudahkan tuan rumah, Indonesia, mengendalikan temasya itu.
"Temasya kali ini akan menjadi penganjuran yang paling besar bukan sahaja buat negara tuan rumah, malah buat kesemua kontinjen yang bakal menyertainya."