Penganjuran julung kali Terengganu Drag Battle di litar baharu Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, bakal disertai 500 pelumba dari dalam dan luar negara, dengan 30 kategori dipertandingkan sepanjang lima hari kejohanan yang bermula Khamis ini.
Menurut Pengerusi Persatuan Permotoran Terengganu (PPTDI), Rosli Nooral Azhar @ Hassan, jumlah penyertaan itu termasuk pelumba kategori kereta, pacuan empat roda dan motosikal.
Kejohanan yang dinamakan 'King of the King 2.0' itu juga menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM500,000.
“Sebanyak 200 penyertaan ialah dalam kategori kereta dan pacuan empat roda manakala 300 lagi daripada kalangan pelumba motosikal, termasuk dari Thailand dan Singapura.
“Pelbagai acara sampingan akan diadakan seperti drift, time attack, mini bike, gymkhana dan 4x4 turbo selain acara utama King of the King yang melibatkan semua jentera,” ujarnya.
Mengulas lanjut isu keselamatan dan kawalan jentera di litar baharu itu, Rosli berkata pihaknya telah memantau persiapan serta kelemahan litar itu sejak dua bulan lalu dan pelbagai penambahbaikan telah dibuat sejak itu.
Keyakinannya disokong Pengerusi Koperasi Persatuan Permotoran Terengganu, Mohd Yasin Awang, yang yakin kejohanan itu akan memberi impak positif kepada sosial dan sukan permotoran, khususnya di Terengganu.
Katanya, sukan permotoran telah bergiat aktif di bawah PPTDI sejak 2003 dan melahirkan ramai bakat-bakat dalam industri kompetitif, sekaligus mengurangkan masalah di kalangan mat rempit di negeri itu.
“Ada yang telah berjaya hingga menjadi mekanik dalam pasukan Petronas di Sepang, malah ramai yang mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia dengan melayakkan diri ke pelbagai kejohanan antarabangsa.
“Dengan adanya litar pertama seumpama ini di Malaysia, kami sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dimaklumkan bahawa 95 peratus masalah mat rempit telah diatasi,” tambahnya.
Terengganu Drag Battle 2017 akan berlangsung 24 jam tanpa henti bermula Khamis ini sehingga 1 Mei ini dan dijangka disaksikan 50,000 penonton.