FTKLAA Cross Country 2025 edisi ke-38 yang akan berlangsung pada Ahad, 6 Julai ini bakal menerima penyertaan mencecah 2000 peserta.
Acara ini menampilkan 11 kategori larian yang merangkumi pelbagai peringkat umur dan tahap kecergasan, termasuk perlumbaan kompetitif dan lima kilometer untuk fun run.
Yuran penyertaan bermula serendah RM20 bagi pendaftaran awal sehingga 14 Mei ini dan penyertaan akan ditutup jika cecah 2000 orang peserta.
Bagi Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA), Datuk Seri Dr V. Pulainthiran, acara ini terus menjadi platform untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menyemai minat terhadap sukan larian.
Ia bukan sekadar perlumbaan, malah menjadi wadah yang menyatukan masyarakat serta menggalakkan ketabahan, kesihatan dan perpaduan.
Peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah, termasuk barangan eksklusif, percutian dan ganjaran istimewa.