Skip to main content

Sukan Asia

100m T12: Afiq cetus sensasi rangkul gangsa

afiq12418.jpg
Atlet olahraga para negara, Muhd Afiq Mohamad Ali Hanafiah, melakar sejarah tersendiri apabila meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter T12 dengan catatan masa 11.28 saat dalam pusingan akhir, Sukan Komanwel Gold Coast di Stadium Carrara, hari ini.

Selepas memadam rekod kebangsaan miliknya, 11.42s, dengan catatan 10.20s untuk berada di tempat kedua dalam kelayakan, Afiq mencipta sensasi di pentas final apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.

"Saya rasa sangat bersyukur Allah mahu memberikan rezeki kepada saya dalam Sukan Komanwel. Saya rasa puas hati sebab sebelum ini saya tiada sasaran pingat. Hanya mahu mara ke final. 

"Saya mahu berkongsi kegembiraan ini dengan ahli keluarga saya yang banyak menyokong saya dari dulu sampai sekarang, tidak henti-henti. Terima kasih juga kepada jurulatih yang banyak membantu saya selama ini," katanya.

Emas dan perak acara itu dikuasai Afrika Selatan apabila kedua-dua atletnya, Jonathan Ntutu dan Hilton Langenhoven, melakukan catatan 11.02s dan 11.27s.

Advertisement

Must Watch Video