Skip to main content

Badminton

Zii Jia tidak didaftar bertanding oleh BAM selama dua tahun

lee-zii-jia.jpg
Lee Zii Jia tidak akan didaftarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk pertandingan BWF selama dua tahun berikutan peletakan jawatannya baru-baru ini.

Menjadikan tekanan berada dalam skuad kebangsaan sebagai alasan penarikan diri serta gaya hidup yang bersifat 'rejimen' di Akademi Badminton Malaysia (ABM), BAM telah mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia untuk beraksi dalam pertandingan BWF selama dua tahun bermula 18 Januari 2022.

"Kami telah menerima surat perletakan jawatan Zii Jia daripada BAM sejak 11 Januari dan kami telah melakukan beberapa langkah dan perbincangan bagi memastikan dia kekal dalam skuad kebangsaan," kata Timbalan Presiden II BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

"Bagaimanapun ia tidak berhasil dan Zii Jia tetap dengan keputusan untuk keluar daripada BAM. 

"Sukar dan kecewa bagi BAM melepaskan khidmat pemain seperti Zii Jia, yang baru sahaja memenangi Kejohanan Seluruh England tahun lalu. Namun atas keputusan yang telah diambil, BAM mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia bagi pertandingan BWF selama dua tahun."

Badan induk itu juga mengumumkan pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei, turut tidak didaftar selama dua tahun selepas mengambil keputusan untuk menjadi pemain profesional.

Jahaberdeen turut menjelaskan kedua-dua pemain itu boleh membuat rayuan untuk kembali beraksi sekaligus tidak menjejaskan perancangan karier mereka selaku pemain badminton negara.

Tahun 2022 memiliki deretan temasya seperti Sukan SEA dan Sukan Komanwel, ditanyakan sama ada Zii Jia tidak akan berada dalam skuad kebangsaan, Jahaberdeen berkata, "Zii Jia dan Jin Wei tidak didaftar BAM hari ini, namun jika rayuan dilakukan serta mencapai kata persetujuan, tidak mustahil mereka akan kembali berkhidmat untuk negara."

Advertisement

Must Watch Video