Era baru Lee Zii Jia kini bermula apabila perseorangan lelaki profesional negara itu sudahpun memulakan latihan bersama jurulatih berprofil tinggi barunya, Wong Tat Meng.
Penantian peminat badminton tanah air berakhir, selepas juara All England 2021 itu mengalami kejatuhan pretasi sejak bergerak sendirian tanpa jurulatih peribadi sejak November tahun lalu.
Zii Jia bakal kembali ke pentas kompetitif di Terbuka Korea 18 Julai ini, dan dijadual bertemu bekas anak didik Tat Meng, Angus Ng dari Hong Kong di pusingan pertama.
“Kurang dua minggu untuk melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan seterusnya. Jadi, adalah penting untuk pasukan memberikan fokus terhadap latihan.
“Terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan daripada semua,” kata Zii Jia,
Terdahulu, Zii Jia dalam kekecewaannya mengumumkan untuk berehat seketika daripada kejohanan antarabangsa, susulan terkandas di pusingan pertama Terbuka Indonesia.
Tat Meng tiba dengan reputasi besar untuk mengembalikan prestasi juara Kejohanan Asia 2022 itu memandangkan dia sebelum ini pernah bertindak sebagai ketua jurulatih skuad Korea Selatan dan Hong Kong, sekaligus bakal membuka lembaran baru buat perseorangan nombor 14 dunia itu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.