Tonggak beregu lelaki negara, Goh V Shem, mahu lebih fokus kepada cabaran di dalam gelanggang daripada berfikir mengeenai isu amaran penggunaan media sosial yang dianggapnya menjadi pengajaran berharga.
V Shem dan seorang lagi pemain senior beregu campuran, Goh Soon Huat, adalah dua individu yang diberikan peringatan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di atas kelantangan kenyataan mereka di media sosial.
Meskipun tidak mengulas apa yang sebenarnya terjadi, V Shem terbuka membincangkan saingan penting mendatang, iaitu Piala Thomas di Bangkok, Thailand pertengahan Mei ini.
Ini susulan prestasi tidak menentu dalam Seluruh England, Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan terkini dalam Kejohanan Asia di mana dia dan Tan Wee Kiong tewas kepada seteru dari Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda, dalam suku akhir.
"Tentunya ada perbezaan kerana kami bermain dengan lancar ketika Kejohanan Seluruh England. Jadi, kekuatan kami juga tidak dapat dijangka.
"Saya sudah bersedia untuk berdepan Piala Thomas dan diharapkan dapat menampilkan aksi terbaik," kata V Shem.
Sementara itu, V Shem turut mempertahankan gandingan nombor dua negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, yang mengalami kemerosotan prestasi.
Juga prospek gandingan meningkat naik, Aaron Chia-Soh Woi Yik, untuk diserapkan ke skuad Piala Thomas.
"Saya rasa Yew Sin dan Ee Yi agak kuat walaupun mereka tewas sebelum ini. Pengalaman mereka tetap boleh dipertaruhkan. Apa yang penting adalah kekuatan Malaysia.
"Mereka telah menampilkan aksi yang baik ketika beraksi dalam kejohanan sebelum ini," tambahnya.