Selepas pengesahan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai dua pemain di luar naungan badan induk itu terbabit dalam siasatan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), maklumat lebih lanjut yang cuba diperolehi oleh krew Nadi Arena menemui jalan buntu dengan BWF tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.
Kunjungan Nadi Arena ke BWF di ibu negara hari ini bagi mendapatkan maklum balas tidak membuahkan hasil apabila mereka enggan memberi sebarang kenyataan rasmi.
Setakat ini, hanya Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, yang mengesahkan dua pemain profesional tempatan didakwa terbabit dalam isu mengatur keputusan perlawanan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), semalam, tanpa mendedahkan nama mereka.
Hanya BWF yang boleh memberi sebarang maklumat mengenai perkara ini.
"BWF (badminton) bukan seperti bola sepak.
"Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sudah biasa menghadapi gejala mengatur perlawanan, sebab itu BWF berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan," kata pemerhati sukan negara, Rizal Hashim.
Bukan sahaja BWF, malah BAM juga menerusi setiausaha agungnya, Datuk Ng Chin Chai, enggan mengulas lanjut.
"Kedua-dua pemain sudah digantung sementara. Mereka mempunyai tempoh sehingga hujung bulan ini untuk mempertahankan diri di Singapura nanti.
"Saya berasakan tindakan BWF (tidak mendedahkan identiti pemain) adalah tepat.
"Memanglah kalau boleh, kita ingin tahu nama dua pemain berkenaan tetapi dalam masa sama, nama mereka perlu dilindungi dari sudut perundangan," kata pemerhati sukan badminton negara, Norbakti Alias.