Ketua jurulatih beregu badminton negara, Cheah Soon Kit, mahu mengelak daripada melakukan perubahan secara besar-besaran ke atas skuadnya sambil menyifatkan semua pemain tidak kira senior atau muda akan menjalani latihan bersama-sama.
Dia bersama-sama Jeremy Gan dan Rosman Razak akan memastikan misi untuk memulihkan prestasi beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, akan dilakukan secara berpasukan.
Bagi Soon Kit, pendekatan itu dilihat lebih berkesan untuk membantu anak-anak buahnya dalam meningkatkan mutu permainan, lebih-lebih lagi V Shem dan Wee Kiong akan menghadapi Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos ini.
“Buat masa sekarang, kami semua berada dalam satu kumpulan.
“Jadi, semua pemain boleh bersaing bersama-sama, termasuk V Shem dan Wee Kiong,” katanya.
Selain itu, Soon Kit juga menegaskan kunci utama dalam sesi latihannya adalah faktor disiplin dan lebih bertanggungjawab sambil menambah bahawa masa untuk pemain-pemain senior berlatih tanpa hala tuju telah tamat.
“Apa yang penting adalah fokus terhadap kekuatan serta fizikal.
“Kejohanan Dunia serta Sukan SEA sudah semakin hampir, jadi kemungkinan tiada perubahan drastik kecuali untuk barisan pelapis,” katanya.