Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak menemui jalan susah untuk menewaskan gandingan di ranking ke-244 dunia, Rui Hirokami-Hobara Sayaka, sekali gus melayakkan diri ke perlawanan akhir buat kali kedua musim ini.
Bermula cemerlang saat aksi pertama sejak Selasa lalu, wakil kebangsaa itu selaku pilihan pertama kejohanan tampak menampilkan persembahan konsisten menghadapi kekangan dalam Terbuka Thailand di Stadium Nimibutr.
Pertemuan kali pertama itu menyaksikan Pearly-Thinaah mudah memenangi set pertama 21-18 meskipun ada tentangan sengit pada awal permainan.
Kualiti dan pengalaman membezakan kemahiran kedua-dua pasangan itu apabila gandingan Olimpian itu terus menyalakan harapan dengan penguasaan penuh gelanggang.
Set kedua, Pearly-Thinaah berjaya menjarakkan kedudukan 8-2 dan menikmati aksi juang yang ditonjolkan oleh wakil Jepun itu.
Tamat permainan, mereka berjaya mara ke final dengan kejayaan straight set 21-18, 21-12 dalam tempoh 46 minit kejohanan bertaraf super 500 itu.
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Pearly-Thinaah mara ke aksi akhir selepas dinobat naib juara Masters Indonesia, awal tahun ini.