Skip to main content

Advertisement

Badminton

(Terkini) Piala Sudirman: Jepun samakan kedudukan, Aaron-Wooi Yik tewas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-woi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak dapat memastikan mata kemenangan Malaysia apabila tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Sudirman di Xiamen, China sebentar tadi.

Ia menyaksikan skuad negara kini terikat 2-2 dengan Jepun selepas kemenangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, selain kekalahan perseorangan wanita, Goh Jin Wei.

Juara dunia dan Asia itu mempamerkan penguasaan penuh dalam set pertama untuk mencatatkkan kemenangan mudah 21-12.

Bagaimanapun, mereka menerima tentangan luar biasa dalam set kedua dan Hoki-Kobayashi berhasil mencuri set berkenaan dengan kemenangan 22-20 untuk membawa permainan ke set penentuan.

Aksi dalam set penentuan berlangsung cukup sengit, di mana kedua-dua pasukan saling bekejaran mata tetapi Hoki dan kobayashi lebih bernasib baik untuk menang 23-21.

Cabaran negara seterusnya akan digalas beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, yang akan berdepan Nami Matsuyama-Chiharu Shida sebentar nanti.

 

Advertisement

Must Watch Video