Skip to main content

Badminton

(Terkini) Piala Sudirman: Cemerlang! Tang Jie-Ee Wei sumbang mata pertama negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang meletakkan Malaysia di depan mengatasi Jepun 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan C, Piala Sudirman di Xiamen, China sebentar tadi.

Berdepan Hiroki Midorikawa-Arisa Igarasi, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan penguasaan penuh, di mana mereka tidak pernah berada di belakang sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-19.

Dengan persefahaman jitu dan taktikal menarik, mereka meneruskan aksi gemilang dalam set kedua untuk menamatkan saingan dengan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.

Selepas ini, Leong Jun Hao akan menggalas cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki menentang jaguh Jepun, Kodai Naraoka.

 

Advertisement

Must Watch Video