Perseorangan yang sedang meningkat naik, Lee Zii Jia, berhasrat untuk membuatkan ikon berstatus bekas juara dunia dan Sukan Olimpik, Chen Long, berputih mata apabila kedua-dua pemain itu kembali beraksi di pentas kompetetif dalam Terbuka Thailand, bermula Selasa ini.
Buat perseorangan daripada generasi Zii Jia, kemenangan ke atas ikon seperti Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan atau sepuluh terbaik dunia sesuatu yang istimewa.
Itu buruan Zii Jia apabila dia turut berentap dengan Chen Long dalam aksi pusingan pertama Terbuka Thailand.
Bukan sahaja tidak gentar, malah dia menantikan prospek untuk menjadi pemain ketiga berturut-turut menyingkirkan Chen Long dalam pusingan pertama kejohanan disertainya.
Baru-baru ini, pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu kecundang di Terbuka Indonesia kepada Brice Leverdez dan minggu lalu, pemain seangkat Zii Jia, Kantaphon Wangcharoen, di Terbuka Malaysia.
"Sebelum ini saya tiada peluang untuk bermain dengan pemain dalam kelompok 10 terbaik. Jadi, saya rasa ini adalah peluang yang baik untuk saya.
"Saya akan memberi saingan yang baik untuknya, lagi pun baru-baru ini, dia terkandas dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia," ujar Zii Jia.
Bebas daripada sebarang kecederaan, Zii Jia berpandangan bahawa ini waktu sesuai untuk dia mengukuhkan diri dalam perancangan ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek.
Pengguguran Iskandar Zulkanain Zainuddin daripada skuad Sukan Asia Indonesia 2018, petanda Misbun sudah tidak lagi berkompromi dalam soal kualiti prestasi dan pembawakan diri.
"Mungkin Misbun tidak kisah tentang ranking, sebaliknya mengutamakan semangat dan persembahan.
"Jadi, saya tidak boleh terlalu tenang dan saya tidak fikir tempat saya selamat. Saya hanya fikir untuk memberikan yang terbaik," katanya lagi.