Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand, apabila layak ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan pasangan senegara, Arif Junaidi dan Yap Roy King.
Dalam aksi suku akhir itu, Aaron-Wooi Yik menang dalam straight game, 21–12, 21–13, membuktikan pengalaman mereka masih menjadi tunjang kekuatan.
Set pertama saksikan beregu lelaki nombor lima dunia, Aaron-Wooi Yik menguasai rentak permainan, dengan rotasi dan komunikasi yang lebih efektif berbanding beregu muda apabila mendahului perlawanan 15-10 sekaligus ambil set ini dengan 21-12.
Arif–Roy King cuba memberi saingan di awal set kedua, namun variasi kesilapan selepas itu memudahkan laluan buat mereka menutup permainan 21-13.
Kemenangan itu memastikan tempat Aaron-Wooi Yik di separuh akhir bagi menentang wakil tuan rumah yang kini huni ranking ke-16 dunia, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren, sekaligus membawa mereka semakin hampir untuk merangkul gelaran kedua musim ini selepas Kejuaraaan Asia 2025.