Skip to main content

Badminton

Terbuka Taiwan: Jin Wei ke separuh akhir

goh-jin-wei.jpg
Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, mara ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Taiwan selepas menewaskan pemain tuan rumah, Pai Yu Po, petang tadi.

Dalam aksi yang berlangsung selama 45 minit, Jin Wei menewaskan pemain berusia 26 tahun itu menerusi straight set 21-15, 21-17.

Jin Wei bakal bertemu pemain dari Jepun, Haruko Suzuki, di peringkat separuh akhir esok.

Terdahulu, Suzuki pernah diuji seorang lagi pemain negara, Ho Yen Mei, dalam saingan pusingan kedua kejohanan.

Selain itu, pasangan beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen, turut mara ke separuh akhir apabila menewaskan pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Jae Hwan.

Kah Ming-Juan Shen mempamerkan aksi mantap selepas tewas 14-21 dalam set pertama apabila bangkit memenangi set seterusnya 22-20 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum memenanginya 28-26.

Mereka perlu melepasi ujian separuh akhir daripada pemain tuan rumah, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin, untuk memastikan tempat dalam final.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video