BADMINTON
Terbuka Taiwan: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir Terbuka Taiwan selepas menundukkan lawan dari Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, dalam dua set dengan keputusan 21-13, 21-13.
Pasangan Malaysia yang diletakkan selaku pilihan keempat kejohanan hanya memerlukan keseluruhan 27 minit untuk mengatasi lawan mereka ini.
Walapun jurang mata kemenangan tampak agak mudah namun sebenarnya pasangan Malaysia itu diberi tentangan sengit.
Iklan
Di set pertama tinggalan 4-7 sebelum menyamakan kedudukan 7-7. Selepas itu masing-masing sering mengejar mata sehinggalah pada kedudukan 13-13.
Pasangan Malaysia itu kemudian mengunci mata lawan mereka itu pada angka 13 dan mengutip lapan mata berturut-turut untuk menamatkan set pertama 21-13.
Set kedua sekali lagi pasangan Malaysia ketinggalan sebelum bangkit menyamakan kedudukan 8-8.
Kemudian Tang Jie-Ee Wei mengutip enam mata berturut-turut untuk mendahului 14-8 dan kemudian menginjak ke kedudukan 20-10.
Mereka kemudian menyerahkan tiga mata ke lawan sebelum menoktahkan kemenangan 21-13 di set kedua.
Turut mengiringi Tang Jie-Ee Wei ialah rakan senegara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing.
Pasangan beregu campuran Malaysia itu menang pertarungan sengit 19-21, 21-16 dan 21-14 ke atas lawan dari Korea, Kim Young-hyuk-Lee Yu-lim dalam tempoh 54 minit.
Must-Watch Video