Hari kedua pusingan kelayakan Kejohanan Allianz Junior Badminton Championship (AJBC) 2026 Sirkit Ketiga di Austin Heights, Johor hari ini menyaksikan Darwisy Al-Qhardawi melangkah ke separuh akhir kategori perseorangan lelaki B-15 selepas menewaskan Ko Zhi Teng di peringkat suku akhir.
Kemenangan itu memastikan Darwisy Al-Qhardawi di landasan tepat memburu gelaran juara.
"Untuk edisi kali ini, saya ingin mendapatkan dua gelaran, iaitu juara perseorangan dan beregu B-15," katanya kepada Astro Arena.
"Saya gigih berlatih untuk mendapatkan keputusan terbaik dan kalau mengikut laluan saya, saya rasa saya boleh ke final kerana laluannya agak mudah."