Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Dunia 2026: Gantung? Argentina berdebar tunggu keputusan FIFA

Argentina

Argentina bakal tempang tanpa kelibat pemain penting apabila bakal berdepan tindakan tatatertib susulan memaparkan sepanduk kontroversi sejurus kemenangan ke atas England 2-1 pada perlawanwan separuh akhir Piala Dunia 2026, Khamis lalu. 

Kontroversi melanda apabila beberapa pemain Argentina mengibarkan kain rentang berunsur politik tatkala sedang meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut.

"Las Malvinas Son Argentinas," tulisan kain rentang tersebut. Dan, ia membawa maksud 'Malvinas milik Argentina'.

Isu Kepulauan Falkland, atau Malvinas dalam bahasa Sepanyol, kekal menjadi pertikaian antara Argentina dan Britain sejak sekian lama.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan sebelum ini pernah mengeluarkan arahan keras melarang sebarang sepanduk, bendera atau bahan berunsur politik, menghina atau diskriminasi dibawa masuk ke dalam stadium.

Pasukan nombor satu dunia itu pernah didenda oleh FIFA selepas memaparkan sepanduk dengan slogan sama susulan perlawanan persahabatan menentang Slovenia pada 2014.

Laporan media antarabangsa menyatakan badan induk dunia itu sedang meneliti laporan sebelum memutuskan untuk menghukum pemain terlibat. 

Berbaki 20 jam sebelum sepak mula final edisi ke-23 itu, rata-rata peminat mahupun kem juara bertahan berdebar menanti keputusan sama ada tonggak terbabit dibenarkan beraksi atau tidak.

 


 


 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement