Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Gandingan semula Chen Tang Jie-Toh Ee Wei raih kemenangan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chen.jpg
Hanya tempoh 31 minit diperlukan pasangan di ranking keempat dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk mara ke pusingan seterusnya Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, sebentar tadi. 

Pilihan ketiga kejohanan itu bergandingan semula selepas mendapat perkenan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk kembali bersatu meneruskan perjuangan memperkukuh kedudukan dan mencari kejuaraan. 

Beregu campuran negara itu menewaskan wakil Amerika Syarikat (AS), Presley Smith-Jennie Gai, dengan mengungguli straight set 21-18, 21-15. 
   

Advertisement

Must Watch Video