BADMINTON
Terbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik terus mara, banggakan Malaysia
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menambah baik prestasi mereka bagi edisi kali apabila menerima kemenangan mudah untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2024 pada Selasa.
Pada edisi lepas beregu utama lelaki negara ini terpaksa akur untuk menarik di di pusingan pertama dan memberi kemenangan mudah kepada beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando/Daniel Marthin akibat masalah kecederaan.
Namun berbeza dengan edisi kali ini apabila beregu nombor lima dunia itu diberi kemenangan selesa selepas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel menarik diri ketika perlawanan terikat 12-12 di set pertama akibat kecederaan pada aksi di Arena Porte de la Chapelle di Paris.
Menanti Aaron-Wooi Yik adalah pasangan Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-Jen yang mara selepas menundukkan satu lagi beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, 21-19, 21-17.
Must-Watch Video