Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, ingin membina legasi tersendiri dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dalam ketiadaan juara 12 kali, Datuk Lee Chong Wei.
Ia menjadi sebahagian daripada tugas Zii Jia untuk memadamkan keraguan peminat badminton tanah air apabila terbit bicara dia akan memenangi kejuaraan.
Dalam sejarah Terbuka Malaysia yang mula dianjurkan pada 1936, hanya sembilan pemain tempatan pernah mengungguli kejohanan ini, termasuk Chong Wei dan ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek.
Atas dasar itu, Zii Jia berasakan penampilan sulung dalam kejohanan bertaraf perdana itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam membina legasi sebagai pemain nombor satu Malaysia.
"Memandangkan Datuk Lee Chong Wei sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan, kini saya dan Liew Daren menjadi sandaran negara.
"Oleh itu, saya memang berharap dapat meraih keputusan yang baik agar lebih diingati ramai," katanya.
Pada masa sama, Zii Jia akur dengan tuntutan untuk terus memperbaiki ranking dunia.
Kini menghuni tangga ke-21 dunia, dia sudah pun berada dalam kelompok kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Walaupun kedudukan saya sudah di depan Liew Daren, saya belum berpuas hati lagi kerana proses kelayakan ini masih panjang, ada tempoh setahun lagi.
"Justeru, saya perlu perlu berikan yang terbaik dalam tempoh ini," tambahnya.