Pemain wanita nombor satu dunia, Tai Tzu Ying, meneruskan rentak kemenangannya dengan melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019.
Jaguh badminton Taiwan itu dengan mudah menundukkan bekas pemain nombor satu dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand, 21-19, 21-13 dalam perlawanan suku akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.
“Kurang melakukan kesilapan membantu saya memenangi perlawanan ini.
"Bagaimanapun, keadaan angin di gelanggang agak kuat dari semalam dan ia mengganggu permainan saya.
"Tumpuan saya ialah untuk memenangi Kejohanan Dunia tahun ini dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum saya bersara daripada badminton. Sepuluh tahun dalam sukan ini sudah mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Seterusnya, dia akan berhadapan dengan pemain pilihan ketiga, Chen Yufei dari China, yang menewaskan Sung Ji Hyun dari Korea Selatan 21-18, 21-14 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Tzu Ying memulakan kerjaya dalam badminton ketika berusia 16 tahun dan menjadi pemain nombor satu termuda dalam sejarah badminton Taiwan.
Dia menjadi pemain perseorangan wanita nombor satu dunia pada Disember 2016 dan menduduki ranking nombor satu selama 67 minggu berturut-turut sehingga 5 Ogos tahun lalu.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki nombor empat dunia, Chen Long, turut mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain India, Srikanth Kidambi, 21-18, 21-19.
“Dia menewaskan saya sekali (Terbuka Australia 2017), sejak itu saya lebih bersedia.
"Perlawanan hari ini amat sukar kerana kedua-duanya bermain dengan penuh tumpuan dan tidak mudah berputus asa,” kata jaguh dari China itu.
Chen Long dijadualkan berhadapan pemain pilihan keenam, Viktor Axelsen dari Denmark, atau Jonatan Christie dari Indonesia esok.
-- BERNAMA