Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin 'lemas' dengan kepantasan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-sze-fei-nur-izzuddin.jpg
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mengakui tenggelam dengan corak pantas seteru dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, yang mengungguli pertemuan final Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, hari ini. 

Permainan mantap menjulang Won Ho-Seung Jae menerusi kemenangan straight set di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu dalam tempoh 38 minit permainan. 

Walaupun sudah dibekalkan dengan elemen pembaharuan dalam permainan mereka kebelekangan, Fei-Din sedar sentuhan mereka harus dipertingkatkan berikutan terlucutnya gelaran super 750 itu. 

"Tiada apa yang mahu dibuktikan. 

"Kami hanya mahu tampilkan aksi terbaik dan menikmati pertarungan.

"Kami cuba mengimbangi kepantasan mereka dan mereka jelas terlalu handal," kata Sze Fei. 

Sekali lagi, Nur Izzuddin menjadikan corak permainan pantas Won Ho-Seung Jae itu sebagai salah satu kelemahan yang perlu diperbaiki segera. 

"Kami cuba mengimbangi kepantasan mereka, namun pihak lawan berjaya mengatasinya. 

"Kami perlu persiapkan diri dengan lebih baik dan fokus kepada diri sendiri," katanya pula.



 

Advertisement

Must Watch Video