Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin, gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir setelah tewas kepada pasangan tuan rumah menerusi aksi straight sets dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, hari ini.
Gandingan negara itu mempunyai potensi cerah untuk mara jauh dalam kejohanan itu tetapi mereka mereka menampilkan aksi lemah berdepan Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon.
Yew Sin dan Ee Yi berpeluang untuk mendahului pada set pertama dan memberi saingan sengit kepada Kevin dan Marcus, namun mereka semakin hilang fokus dan pasangan Indonesia itu mengambil kesempatan untuk mencatat kemenangan set pertama 21-18.
Dalam set kedua, Yew Sin dan Ee Yi ingin bangkit untuk menjamin slot suku akhir tetapi gandingan Indonesia itu semakin berbisa dan tidak memberi ruang untuk Ee Yi dan Yew Sin mencuri mata.
Tambahan pula, Ee Yi dan Yew Sin melakukan kesilapan demi kesilapan yang menyaksikan kelebihan menjadi milik Kevin dan Marcus yang akhirnya mencatat kemenangan 21-18, 21-12 setelah bertarung selama 27 minit.