Selepas tamat Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025, tumpuan peminat badminton kini beralih kepada perkembangan pemain negara di Kejohanan Terbuka Hong Kong.
Bekas beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat, berkongsi tentang peluang beregu wanita terbaik negara, Pearly Tan-M. Thinaah, untuk mempertahankan gelaran di Hong Kong Coliseum nanti?
Menjelang Jelajah BWF Kejohanan Terbuka Hong Kong pada 9 hingga 14 September -- bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Kien Keat, optimis dengan masa depan gandingan muda negara, Arif Junaidi-Roy King, selepas persembahan memberangsangkan di Paris.
Dalam masa sama, Kien Keat turut menaruh harapan agar beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kembali memikat dengan aksi memukau.
"Arif-Roy telah bermain dengan baik dan berharap tahap keyakinan mereka tidak menurun, mahu menyaksikan mereka terus mempamerkan aksi cemerlang sehingga penghujung musim," katanya.
Sementara itu, Kien Keat terus menagih prestasi konsisten beregu wanita nombor dua dunia, Pearly-Thinaah dengan terus memburu rentak cemerlang untuk mempertahankan gelaran di Hong Kong minggu ini.
"Perlawanan final Pearly-Thinaah telah bermain dengan baik, saya percaya mereka memiliki kelebihan bermain di Hong Kong nanti, saya berasakan mereka akan bergelar juara."
Pilih Raket Anda

Badminton Untuk Semua Generasi
Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.
Pilih Raket Anda