Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, mengakui corak permainan bertahan antara faktor mereka terpaksa akur dalam misi mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong hari ini.
Mereka tewas dalam aksi separuh akhir kepada lawan dari China, Jia Yifan-Zhang Shu Xian, menerusi aksi straight set, 14-21,11-21 dalam tempoh 35 minit di Hong Kong Coliseum.
Pearly turut mengakui mereka perlukan rehat sebelum kembali beraksi pada Masters China pada Selasa depan.
"Apabila kami mendahului kami mahu meraih lebih banyak mata tetapi terlupa mengenai taktikal permainan kami, malah fokus kami juga menurun dan melakukan kesilapan mudah.
"Kami mengikuti rentak mereka dan itu menghukum kami.
"Untuk sekarang, kami perlukan rehat untuk beberapa hari, sambung latihan kami dan berbincang mengenai aksi hari ini selain bersedia bagi kejohanan minggu depan." katanya.
Ikon Perpaduan 2025 itu muncul naib juara Kejohanan Badminton Dunia BWF baru-baru ini, selain terkandas di separuh akhir Terbuka China berdepan lawan sama pada Julai lalu.

#HongKongOpen2025
— BAM (@BA_Malaysia) September 13, 2025
WD | SF#CHN?? Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 3️⃣ def. #MAS?? Pearly Tan-M Thinaah 2️⃣ 21-14 21-11
⏱️ 35m
*The defeat denied the Malaysian duo a third consecutive final appearance at the Hong Kong Open.#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/WrLnF04Zre