Skip to main content

Badminton

Terbuka Hong Kong: Jurulatih kongsi percaturan terkini Tang Jie-Ee Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toh-ee-wei.jpg
Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, mengesahkan juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong -- membuka tirai Selasa depan --  sambil menyatakan keperluan anak buahnya untuk berehat.

Tiada tekanan bagi 'The Little Gangsters' kerana secara automatik telah mendapat tempat dalam Final Jelajah Dunia (WTF), Disember depan. 

Selepas ini, gandingan tersebut hanya akan menyertai kejohanan berstatus super 500 dan ke atas menuju ke WTF. 

"Awalnya mereka cakap mahu pergi tapi pada akhirnya terutama keadaan Ee Wei tidak bagus. 

"Mereka tidak cukup persiapan dan kepenatan," katanya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video