Skip to main content

Badminton

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei terkandas di suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wei.jpg
Perjalanan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berakhir dalam pusingan suku akhir, Terbuka China 2025 Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.

Mereka yang turun selaku pilihan keempat kejohanan terpaksa akur tewas kepada wakil tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, menerusi aksi straight set, 19-21, 15-21.

Dalam set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei kehilangan momentum dalam pertengahan permainan hingga ketinggalan 12-16, walaupun mereka cuba bangkit tetapi sudah terlambat untuk tewas 19-21.


 

Lawan dari China di ranking ke sembilan dunia itu meneruskan rentak dengan lebih dominan dalam set kedua untuk memaksa wakil negara kerap melakukan kesilapan mudah dan tewas 15-21 dalam tempoh 43 minit perlawanan.

Untuk rekod, mereka melangkah hingga ke pusingan separuh akhir dalam kempen Terbuka Jepun 2025, namun tewas kepada wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Advertisement

Must Watch Video