Skip to main content

Badminton

Terbuka Australia: Kian Meng-Pei Jing terkandas

22617kianmengpeijing.jpg
Beregu campuran negara negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tewas kepada pasangan Jepun, Yugo Kobayashi-Misaki Matsutomo, 16-21, 21-23 dalam saingan Terbuka Australia, sebentar tadi.

Beregu nombor dua negara itu, yang berjaya mengetepikan pemenang pingt emas Sukan Olimpik Rio 2016, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir semalam, sekali lagi ditewaskan oleh beregu yang sama ketika beraksi dalam Terbuka Hong Kong, November lalu.

Dalam set  pertama, Kian Meng dan Pei Jing memiliki kelebihan dengan mendahului saingan 16-15 tetapi mereka memberikan enam mata berturut-turut kepada Kobayashi-Matsumoto.

Kian Meng dan Pei Jing berjaya mengikat kedudukan selepas ketinggalan 14-19 dalam set kedua dalam usaha untuk terus bersaing dalam set penentuan. 

Bagaimanapun, Kobayashi dan Matsumoto berjaya mengekalkan rentak permainan untuk melakar kemenangan, sekaligus mara ke pusingan suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video