Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, enggan patah semangat setelah tersekat dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea pada Jumaat lali dan bertekad untuk bangkit dalam Terbuka Jepun bermula esok.
Dalam saingan suku akhir berkenaan, mereka terpaksa akur tewas 9-21, 21-23 kepada pilihan utama dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Pencapaian Sze Fei-Nur Izzuddin boleh dianggap membanggakan kerana membuat persiapan yang singkat setelah memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.
Nur Izzuddin memberitahu mereka akan melakukan persiapan terbaik untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan Terbuka Jepun dan Terbuka Australia nanti, lapor SPOTV.
“Saya fikir mungkin kami perlu lebih variasi dalam permainan. Terbuka Korea sudah tamat dan ada baki dua kejohanan lagi. Kami akan buat persiapan terbaik untuk kejohanan akan datang,” katanya.
Sebagai rekod, Terbuka Korea adalah kejohanan kedua buat beregu No.46 dunia itu selepas mereka kembali bersatu setelah mengambil keputusan berpisah buat seketika Januari lalu.
Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, memperoleh pengalaman berguna dalam saingan Terbuka Korea.
Dia mengakui dapat belajar sesuatu selepas turut tersingkir dalam aksi suku akhir selepas kalah kepada bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, 20-22, 19-21.
“Saya sudah cuba lakukan yang terbaik dengan memberikan segala-galanya.
“Mungkin saya boleh belajar sesuatu daripada dia (Kean Yew) seperti kepantasan dan pengalaman, jadi akan bincang dengan jurulatih lagi selepas ini,” ujarnya.
Kredit: Sinar Harian