Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan tarikh baru upacara penutup Sukan SEA kini dipinda sehari lebih awal daripada 31 Ogos kepada 30 Ogos 2017.
Perubahan tarikh ini bagi menghormati Hari Raya Aidiladha serta hari wukuf di Arafah bagi seluruh umat Islam yang menunaikan haji yang dijangka jatuh pada 31 Ogos.
Justeru, satu jadual baru dengan sedikit rombakan perlu dilakukan bagi acara sukan seperti bola sepak, hoki ais, terjun dan angkat berat akan dikeluarkan.
Namun, Khairy memberikan jaminan isu kos untuk menukar papan iklan serta promosi Sukan SEA berikutan tarikh baru majlis penutupan temasya dwitahunan itu tidak akan menjadi satu masalah besar.
Dalam temasya kali ini, 405 acara bagi 38 sukan akan dipertandingkan membabitkan penyertaan 10 negara ASEAN bermula 19 hingga 30 Ogos ini.
Malaysia dipilih menjadi tuan rumah buat kali keenam selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2001.