Skip to main content

Badminton

Skuad beregu campuran sedia galas tanggungjawab besar

badminton.jpg
Setelah ketiadaan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton Dunia, harapan utama Malaysia kini tertumpu kepada barisan pemain beregu campuran yang dilihat berpotensi menghasilkan keputusan membanggakan.

Malaysia mempunyai tiga wakil dalam acara beregu campuran, ditunjangi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Berdasarkan prestasi semasa, ketiga-tiga gandingan utama negara itu dalam keadaan terbaik, terutama Soon Huat-Shevon yang baru sahaja menjulang kejuaraan Terbuka Singapura minggu lalu.

"Sememangnya keputusan daripada beregu campuran sebelum ini tidak begitu baik. Kini, kami lebih berpeluang dan itu dijadikan motivasi sambil tidak meletakkan diri dalam tekanan," kata Soon Huat.

Soon Huat dan Shevon juga bakal memasuki saingan ini sebagai pilihan ketujuh kejohanan sementara Peng Soon dan Liu Ying sebagai pilihan kelapan.

Sesi menguji gelanggang hari ini juga menampakkan tanda-tanda positif apabila rata-rata pemain sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan angin dan lampu di dalam stadium.

"Kami sentiasa percaya bahawa semua atlet akan buat yang terbaik. Bukan sahaja acara beregu campuran tetapi untuk semua. 

"Keadaan gelanggang tampak bagus. Angin pun tidak begitu kuat dan cahaya juga baik," tambah Pei Jing.

Advertisement

Must Watch Video