Pemain beregu campuran profesional negara, Shevon Lai, mencabar mana-mana netizen supaya tampil mengambil tempatnya dan bergandingan dengan Goh Soon Huat selepas bengang dengan kritikan yang dilemparkan sejurus tersingkir dalam Terbuka Singapura., semalam.
Shevon Lai dilabel sebagai punca ketika mereka gagal menepati status sebagai pilihan utama kejohanan apabila akur kepada gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

"Jika anda semua mahu terus mengutuk saya kerana tidak mempunyai inisiatif untuk mengangkat pukulan dan merasakan saya sengaja membiarkan Soon Huat bersendirian berjuang di segenap penjuru gelanggang, sila bercakap dengan @gohsoonhuat, dan datang berlatih bersama kami, saya akan memberitahu anda bagaimana keadaannya ketika mencari bulu tangkis itu," tulisnya di Instagram.
Pasangan suami isteri itu berpeluang membalas dendam apabila dijangka berhitung dalam suku akhir Terbuka Indonesia, minggu depan.