BADMINTON
Seu Bock sedia jadikan Jin Wei prospek pingat di Tokyo 2020
Pemilihan Datuk Seri Norza Zakaria selaku presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mula menampakkan perubahan ketara.
Semalam, Norza mengesahkan bahawa Datuk Misbun Sidek akan kembali ke pangkuan BAM.
Selain itu, antara perubahan yang turut mencuri tumpuan dalam penstrukturan semula program skuad negara bagi tahun 2017 hingga 2020 adalah pelantikan Tey Seu Bock sebagai ketua jurulatih perseorangan wanita.
Iklan
Seu Bock -- yang telah berkhidmat sebagai jurulatih perseorangan lelaki lebih sedekad bersama BAM -- bagaimanapun bersedia dengan tanggungjawab baru ini.
Malah, dia sudah ada sasaran untuk menjadikan bintang muda seperti Goh Jin Wei sebagai taruhan berkualiti Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya rasa ia satu cabaran yang berlainan berbanding sebelum ini. Sekarang tugas saya beralih kepada perseorangan wanita.
"Saya akan bekerja keras untuk mencapai sebarang sasaran yang diletakkan pihak persatuan. Bagi saya sendiri, saya berharap ada dua pemain perseorangan wanita negara akan beraksi di Olimpik Toyo 2020," jelas Seu Bock.
Must-Watch Video